Kelas E-Learning: Days of the Week
18 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Days of the Week yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang peserta.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk membuat carian kata berdasarkan hari dalam seminggu di laman sesawang Wordwall.com sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih fokus para peserta untuk mencari sesuatu benda dalam masa yang singkat. Peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di NADI Rantau Panjang pada masa yang akan datang.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: